04 June 2007

Lyrics for 'Insan Bernama Kekasih'

NIA loves the song. Hence, for her pleasure (plus since I couldn't fit it all in a Friendster comment) & interested mOAm readers, I am posting the lyrics to UNIC's Insan Bernama Kekasih. For the video, refer to my previous posting or this Youtube link. Sadly, this song is currently not hosted on Radio Blog, else I can also post the song on mOAm, which taxes the bandwidth less compared to a video.

Unic - Insan Bernama Kekasih


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih


Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa


Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta


Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa


Pada Mu Oh Tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga


Hanya satu yang ku pinta kebaikan dari-Nya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia


Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran


Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya


Kau ku sayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih




Till later, live long & prosper.

No comments:

Post a Comment